Ticker

6/recent/ticker-posts

Indahnya Matahari Terbenam di Coco Cabana, Miri, Sarawak

Indahnya Matahari Terbenam di Coco Cabana, Miri, Sarawak | Coco Cabana ialah salah satu tempat pelancongan yang paling banyak dikunjungi di Miri. Lokasinya yang terletak di pusat bandar dengan pemandangan tepi laut dengan bayu angin laut merupakan salah satu tempat terbaik untuk menikmati waktu matahari terbenam yang indah di Miri.

Indahnya Matahari Terbenam di Coco Cabana, Miri, Sarawak

Terdapat pasar malam uptown setiap hari berhampiran kawasan letak kereta, dengan 1511 Cafe berdekatan untuk mereka yang ingin menjamu selera dalam suasana hipster. Kalau nak buat acara majlis pun boleh di dewan yang terletak ke dalam sedikit dari kawasan letak kereta.

Indahnya Matahari Terbenam di Coco Cabana, Miri, Sarawak

Indahnya Matahari Terbenam di Coco Cabana, Miri, Sarawak

Indahnya Matahari Terbenam di Coco Cabana, Miri, Sarawak

Pemandangan laut boleh dilihat dari segenap penjuru di sini. Ada juga buaian disediakan sebagai tempat bergambar yang instagrammable. Terdapat jeti berdekatan untuk bot dan kapal layar yang lebih kecil berlabuh di sini. Pengunjung Coco Cabana boleh berjalan di sepanjang jeti, mengagumi pemandangan laut atau matahari terbenam.

Indahnya Matahari Terbenam di Coco Cabana, Miri, Sarawak

Di sini juga terletaknya rumah api kuda laut yang ikonik. Jadi, apa tunggu lagi? Bawalah keluarga dan kawan-kawan ke Coco Cabana untuk tengok sunset nanti!

Untuk ke sana:
20 minit berjalan kaki dari pusat bandar, atau 5 minit memandu. Gunakan teksi atau mana-mana aplikasi e-hailing di Miri.

Bayaran masuk:
Tiada bayaran masuk

Petua Perjalanan:
Bawa bersama sunblock jika anda pergi pada waktu siang, dan bawa air minuman.

Post a Comment

1 Comments

  1. bila nmpk tugu seahorse tu wak baru tringt penah smpi sini dulu2.. tapi mmg jelitter sunset ittewww kannn 😅😅

    ReplyDelete